Antara acara : Perbarisan masuk kontigen PSKPP bola jaring NEGERI PERAK....
Tuesday, 13 December 2011
Saturday, 10 December 2011
HANTARAN SISI
Hantaran sisi adalah sejenis hantaran yang paling banyak diguna pakai di setiap perlawanan. Hantaran ini dapat mengelak daripada dipintas oleh pihak lawan. Hantaran ini juga biasanya dilakukan dengan kadar kelajuan yang agak pantas. Hantaran sisi juga dilakukan pada jarak yang tidak terlalu jauh.
JENIS-JENIS HANTARAN
HANTARAN ARAS DADA
Ini merupakan satu contoh hantaran dalam permainan bola jaring. Hantaran ini dipanggil hantaran aras dada. Ia adalah satu hantaran yang dilakukan oleh pemain di mana bola adalah di paras dada pemain yang menerima balingan bola tersebut. Ini merupakan hantaran asas dalam permainan bola jaring. Pemain harus menguasai hantaran ini sebelum membuat hantaran seterusnya.
Friday, 9 December 2011
SATU PASUKAN
Satu pasukan yang mantap adalah pasukan yang memahami antara satu sama lain. Mempunyai strategi-strategi tertentu di setiap perlawanan. Sentiasa bersemangat dan mempunyai keyakinan terhadap setiap ahli pasukan mereka.
CENTER
C atau 'Center' adalah pemain yang hampir boleh bergerak keseluruh gelanggang. Maka, untuk memilih seorang 'center' memerlukan pemain yang mempunyai stamina yang cukup serta dapat mengawal pasukannya dengan baik. Menyusun strategi bersama ahli pasukan dan memastikan bola sampai ke bahagian atau ke kawasan jaringan seberapa banyak yang mungkin. 'Center' juga merupakan pemain tengah dalam satu-satu pasukan.
WING DEFENCE
WD atau 'Wing Defence' adalah satu lagi posisi pertahanan yang ada selain GD dan GK. Bertindak mengawal pergerakan WA pihak lawan dan akan menghalang dan memintas hantaran yang dilakukan di dalam kawasan yang dikawalnya.
WING ATTACK
'Wing Attack' atau pun WA merupakan pemain tengah yang berfungsi mengawal hantaran tengah dan menerima 'fist ball' daripada center. Pemain yang diletakkan di posisi ini merupakan pemain yang lincah dan boleh membuat hantaran yang baik terutama ke bahagian atau kawasan jaringan. WA merupakan salah satu posisi penyerang.
GOL DEFENCE
'Gol Defence' adalah satu posisi yang juga penting dalam sesebuah pasukan. GD adalah pemain yang akan membantu GK dalam menghalang cubaan jaringan dan hantaran pihak lawan ke arah gol mereka. GD bertindak mengawal pergerakan GA pihak lawan. GD juga sebaiknya mempunyai kecekapan dalam mengawal keadaan selain dibantu oleh pengalaman yang ada.
GOL KEEPER
'Gol Keeper' adalah bertindak sebagai pemain yang menghalang atau menggagalkan cubaan jaringan yang akan dilakukan oleh pihak lawan. GK akan sedaya upaya memintas hantaran atau cubaan jaringan yang dilakukan terutama oleh 'Gol Shooter' pihak lawan. Kritiria pemilihan seorang GK antaranya adalah mempunyai ketinggian yang baik dan kecekapan dalam membaca atau memahami serangan atau taktik pihak lawan.
GOL ATTACK
Pemain yang diletakkan di posisi GA atau 'Gol Attack' biasanya adalah seorang yang lincah dan mempunyai stamina yang tinggi. Posisi ini tidak kurang pentingnya berbanding GS. GA bertanggungjawab memastikan bola sampai ke kawasan jaringan agar GS dapat membuat jaringan untuk mengumpul bilangan jaringan yang banyak. GA juga akan melakukan jaringan gol jika berpeluang.
GOL SHOOTER
Posisi GS atau 'Gol Shooter' adalah satu posisi yang sangat penting. Pemain yang di letakkan di posisi ini bertanggungjawab memastikan jaringan dilakukan dengan sebaik mungkin. GS bertindak sebagai penjaring utama dalam satu-satu pasukan. GS akan dibantu oleh GA atau 'Gol Attack' dalam melakukan jaringan.
Mari belajar
Peraturan
Gelanggang dan dimensi
Gelanggang dan dimensi
Seperti bola keranjang, bola jaring dimainkan sama ada di gelanggang yang keras atau lembut dengan gelung atau "rings" pada kedua-dua hujung. Gelanggang ini lebih besar berbanding dari gelanggang bola keranjang, menjadi 30.5 m panjang dan 15.25 m lebar. Garisan yang lebih panjang dikenali sebagai "garisan sisi" dan garisan lebih pendek dikenali sebagai "garisan gol" atau (base lines). Tanda-tanda gelanggang tidak lebih lebar daripada 50 mm. Gelanggang adalah terbahagi kepada tiga bahagian yang mengawal di mana setiap kedudukan individu yang dibenarkan bergerak. Satu "bulatan tengah" berdiameter-90 cm adalah terletak di tengah gelanggang. Pada setiap hujung gelanggang terdapat "shooting circle" atau "bulatan gol" separuh bulat berjejari 4.9 m di mana semua jaringan gol mesti diambil di situ. Tiang gol adalah 3.05 m tinggi dari bahagian atas gelung sehingga ke lantai dan tidak mempunyai papan penghadang. Gelung mempunyai dimeter dalaman 380 mm dan terletak 150 mm dari tiang gol. dan diperbuat daripada besi berdiameter 15 mm. Kedua-dua ketinggian dan diameter bagi gelung adalah lebih kecil daripada gelung bola keranjang. Ia adalah berkemungkinan untuk bermain bola jaring menggunakan gelung bola keranjang tetapi jika terdapat mana-mana sentuhan antara bola dan papan hadang, bola itu adalah dianggap luar permainan. Jika satu gol dijaring dari papan penghadang ia tidak dikira. Beberapa versi peraturan membenarkan satu gol dijaringkan daripada satu lantunan papan penghadang jika pemain yang dapat menangkap bola itu membaling bola itu dalam tanpa bersentuhan lantai.
Subscribe to:
Posts (Atom)