Wednesday, 8 February 2012

Coretan hari ini...

Assalammualaikum kepada semua....
Dah agak lama tak masukkan bahan dalam blog ni...
Sebenarnya ada je bahan cuma belum ada masa nak masukkan...
Hope pasni bolehlah nak update bahan blog setelah kerja awal persekolahan selesai...
Doakan k....
Wassalam...

Friday, 6 January 2012

UNDANG-UNDANG 1 : KELENGKAPAN

GELANGGANG

1.Gelanggang hendaklah mempunyai permukaan yang padat dan berukuran 30.5 meter (100 kaki) panjang dan 15.25 meter (50 kaki) lebar.

2. Gelanggang hendaklah dibahagikan kepada 3 kawasan yang sama besar. Tengah dan 2 kawasan gol dan di garisi oleh 2 garisan sempadan yang selari dengan Garisan Gol.

3. Separuh bulatan dengan jejari berukuran 4.9 meter (16 kaki) ditanda di kedua-dua Kawasan Gol dengan bahagian tengahnya diletakkan di tengah garisan gol. Kawasan ini ialah Bulatan Gol.

4. Satu bulatan berdiameter 0.p meter (3 kaki) ditanda di tengah Gelanggang. Bulatan ini ialah Bulatan Tengah.

5. Semua garisan ialah sebahagian daripada Gelanggang dan lebarnya 50 mm (2 inci).

6. Bagi pertandingan Peringkat Antarabangsa, pertandingan diadakan di dewan tertutup dan permukaan gelanggangnya hendaklah diperbuat daripada jenis kayu yang menganjal (sprung wooden floor).

Saturday, 10 December 2011

HANTARAN SISI
video
Hantaran sisi adalah sejenis hantaran yang paling banyak diguna pakai di setiap perlawanan. Hantaran ini dapat mengelak daripada dipintas oleh pihak lawan. Hantaran ini juga biasanya dilakukan dengan kadar kelajuan yang agak pantas. Hantaran sisi juga dilakukan pada jarak yang tidak terlalu jauh.